Tahun 2111
100 tahun dari sekarang di mana dunia dah sangat maju.Kemajuan yang sukar dibayangkan oleh manusia pada hari ini.Tiada lagi hutan hijau tetapi dunia dipenuhi dengan hutan besi.Telalu banyak bangunan yang mencakar langit sehingga terkoyak rabak lapisan afmosfera.
Pandangan dari satelit menunjukkan bumi bukan lagi berwarna biru dan hijau tetapi telah bertukar kepada biru dan kelabu.Kekurangan pokok bermakna kurangnya gas oksigen..Semua penduduk bumi terpaksa memakai topeng mulut.Ia merupakan alat yang boleh menukar gas karbon dioksida yang disedut kepada gas oksigen.Satu ciptaan yang hebat.
Pengorbanan...Kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat dunia telah mengorbankan flora dan fauna
Siapa yang harus dipersalahkan?Sekiranya kesalahan itu hendak diletakkan pada bahu mereka pun,apa yang mereka pada tahun 2111 boleh buat kerana semuanya telah berlaku.Mereka hanya boleh melakukan R&D untuk mengatasi masalah yang bakal timbul.Tak mungkin mereka boleh memutarkan semula masa.
Tarik semula pandangan kita yang jauh melayang membayangkan tahun 2111 dan kita kembali pada tahun yang kita diami sekarang iaitu 2011.
Apa yang nak aku nak sampaikan kat sini ialah apabila kita pandang ke belakang dan terlalu memikirkan masa lalu kita akan hanyut.Kita sepatutnya mencari iktibar dari sejarah.Kaji sejarah dan ambil apa yang patut. Jangan jadi bodoh dengan memikirkan "kalau".Kalau...kalau...Kalau Jepun tak jajah Tanah Melayu.Kalau itu dan kalau ini.Memandang ke belakang dan memikirkan kalau.
Daripada memandang ke belakang lebih baik melihat ke depan.Melihat 100 tahun ke hadapan.Membayangkan nasib bumi pada masa akan datang dengan perbuatan kita pada hari ini.
Contoh.Andai hari ini alam sekitar langsung tidak dihirau.Kita boleh membayangkan yang pada masa akan datang bencana alam semakin banyak dan hanya ada satu pokok di bumi.
Kalau kita dah boleh bayangkan macam tu,jadi sesuatu patut dilakukan bermula dari sekarang.Kesedaran tu patut ada dari sekarang.Bukannya dah berlaku baru nak fikir jalan penyelesaian.Ibarat bercerai talak tiga lepas tu baru nak rujuk balik.
Mungkin korang susah nak faham kalau aku menggunakan sejarah sebagai contoh.aku beri contoh lain.Cinta.Mungkin itu lebih dekat dengan jiwa korang.Korang baru saja putus cinta dengan wanita A sebab dia dah ada yang lain.Sudah tidak sehaluan dengan kau.Kau pun merenunug nasib kau lalu teringatkan beberapa wanita yang pernah kau kenal
"Kalau dulu aku kapel dengan wanita B mesti aku dah kawen dengan dia.Dulu dia betul-betul sayangkan aku."
"Kalaulah dulu aku beri peluang untuk wanita C.Dia cantik,baik sopan dan bertudung labuh.Aku menolaknya mentah2.Kataku dia kekampungan dan tidak pandai bergaya".
Nampak tak?Kalau hari ni kau putus cinta dengan ssorang yang kau sayang gilerMemang sayang sangat2.Ari2 kau asyik text dia.Panggil papa mama la,baby bucuk la,kanda adinda la.ewwww.Kau memang tak boleh nak lupakan dia.Konon si dia cinta pertama dan terakhir la,cinta mati la.Padahal kau dah lalui situasi berkali-kali.Daripada memikirkan bende yang lepas2,lebih baik fikir macam mana nak jadikan yang akan datang lebih baik dari sbelumnya.
"Kalau aku dapat awek nanti,aku akan betul-betul sayangkan dia,setia dengan dia
"Kalau ada wanita yang sukakan aku,aku akan beri peluang kepada diri aku untuk mengenali dia".
"Kalau kekasih aku bencikan aku sebab perangai aku yang buruk.Aku janji akan berperangai baik untuk bakal kekasihku"
Berbalik ke cerita asal.
Manusia pada hari ni lah yang sepatutnya cuba membayangkan apa yang bakal berlaku pada 100 tahun akan datang akibat daripada perkara yang dilakukan pada hari ini.Sekiranya pada hari ini pembalakan haram berlaku secara berleluasa,pencemaran alam sekitar juga teruk dan pembangunan pesat membangun,kita akan membayangkan kepupusan flora dan fauna.
Andai kita dah dapat membayangkan perkara yang buruk berlaku pada masa akan datang akibat daripada tindakan kita pada hari ini,kita masih ada masa untuk mengubah tindakan kita pada hari ini agar masa depan yang diidamkan dapat dicapai.

No comments:
Post a Comment