Perang...Perang....Perang.....
Perang dunia pertama,perang dunia kedua,perang dunia ketiga dan mungkin seterusnya perang dunia keempat.
Mungkin........
Bila dunia nak aman kalau masing-masing ada agenda tersendiri?Negara yang kuat nak tindas yang negara yang lemah.Mungkin mahu jadi negara terkuat di dunia tidak kiralah dari segi apa pun.Seolah-olah mahu menguasai dunia.Mahu menjadi pemerintah dunia.(Dah macam citer naruto lah pulak)
Sampai bila baru dunia ni nak aman?nak bersatu?(dan x gaduh-gaduh cam budak-budak)
Mungkin dunia akan aman dan semua negara akan bersatu bila ada alien serang bumi.Nampak cam x logik kan.Lantaklah.Yang korang tengok sinetron tengok drama korea tu ingat logik sangat ke.Bila alien dari planet Y(Ikut la nak bagi nama ape,planet namex ke)datang menyerang bumi untuk mendapatkan sumber-sumber asli yang ada kat bumi,mungkin masa tu lah semua negara bersatu untuk keamanan dunia.
Alien mula menyerang Amarika kerana mungkin menurut analisis mereka selama ni,Amarika merupakan negara yang kuat dari segi peperangan dan mempuanyai teknologi peperangan yang canggih.Selepas serang Amarika,lumpuhlah kuasa besar dan senanglah mereka nak serang bumi dan kuasai bumi ni.
Mungkin waktu inilah baru Amarika menghentikan peperangan dengan negara negara lain.Lepas tu Amarika pun mengakui kesalahannya selama ini lalu meminta maaf kepada seluruh penduduk dunia ni.Lepas tu Amarika pun mengajak semua negara bersatu untuk menentang alien yang menyerang bumi.Satu pertemuan antara perdana menteri2 dari setiap negara dibuat dan satu perjanjian telah dimeterai antara negara-negara berkuasa besar dan juga negara-negara kuasa kecil.Semuanya bersatu.
Setiap negara menunjukkan teknologi perang terkuat masing-masing.Jepun menghantar robot-robot gergasi seperti Gundam,Amarika menghantar jet pejuang yang boleh bergerak sepantas cahaya(nampak cam x logik),Rusia menggunakan rocket launcher yang mempunyai ketepatan 99.9%.Begitu juga dengan negara-negara lain.Masing masing ada kekuatan tersendiri.Malaysia?aku tak boleh bayangkan senjata rahsia apa yang Malaysia ada.(Dah hari-hari tengok tivi cakap pasal politik.Takde pulak aku dengar pasal perkembangan teknologi kat Malaysia)
Akhirnya alien berjaya ditewaskan dan dunia menjadi aman.Paling penting semua negara bersatu.Dah tak ada peperangan.Dah tak ada tindas menindas.Perbezaan agama,warna kulit dan budaya tidak lagi menjadi faktor kepada perpecahan manusia.Dunia yang aman tercipta........


'jika kita tidak ada keamanan, ia adalah kerana kita lupa bahawa kita saling bersaudara' mother teresa, pemenang hadiah nobel keamanan 1979 :)
ReplyDeletebetul.stuju2..
ReplyDeletetahla kan.da nk kiamat kutt.
ReplyDelete