Saturday, 25 February 2012

Mungkin

Kau asyik memandang dia yang berada di depan,
Mengekori langkahnya dari belakang,
Mengharapkan dia menoleh,
Tapi mustahil sekali.


Mustahil kenape?
Mungkin dia juga sedang mengejar seseorang di hadapannya,
Mengharapakan orang itu menoleh ke arahnya,
Mustahil agaknya.

Kenapa dia tak pernah menoleh,
Terlalu mengharapkan yang di hadapannya mungkin,
Kenapa kau tak pernah menoleh,
Terlalu mengharapkan si dia mungkin.

Mungkin ada yang sedang memerhatikan kau,
Mungkin ada yang sedang mengharapkan kau menoleh,
Seperti kau mengharapkan si dia menoleh ke arah kau,

Sampai bila kau nak mengejar si dia di depan,
Kerana dia akan terus mengejar seseorang di depannya,
Dan kau akan terus dikejar dari belakang,

Ada orang kata lebih baik berhenti mengejar yang tak pasti,
Lebih baik menoleh ke belakang,
Kerana kau hanya perlu menunggu,
Tak perlu mengharap depanmu yang mustahil,

Tapi kalau aku,aku terus kejar si dia,
Berlari laju-laju sehingga aku berada didepannya,
Dan aku akan menoleh ke belakang lalu ku bilang,

"Jom kita kawen"

Mungkin dia akan bersetuju,
Mungkin dia akan tampaq aku,
Mungkin......
,

Saturday, 11 February 2012

Peminat Fanatik Atau Peminat kelas Ketiga

Hi.Selamat pagi buta.Sebab sekarang dah jam 3 pagi dan aku masih tak mengantuk.Pagi masih muda so lepak ar..Tak gitu?



Malam tadi(6 atau 7 jam yang lepas)seperti malam-malam sebelumnya,aku dan member aku pergilah kat kafe untuk makan malam.Menu yang biasa aku makan nasi goreng pataya,nasi goreng USA(Kenapa takde nasi goreng satu malaysia.kalau ada dah tentu aku beli nasi goreng 1 malaysia instead of beli nasi goreng USA.Amarika sungguh.)mee lakna(kadang-kadang aku tersilap sebut mee laknat.konfius jugak kadang2)nasi kerabu(tapi bila aku nak bli nasi kerabu mesti nasi warna biru tu dah habis,pastu ganti dengan nasi putih biasa.)


Dah lari topik dah ni.Mungkin aku dah mamai kot sebab dah pagi buta sangat ni.Ramai peminat fanatik atau mungkin peminat kelas ketiga bola sepak  pasukan masing-masing turun ke kafe.Nanti korang tahulah kenapa aku cakap diorang ni mungkin peminat bola sepak kelas ketiga.


Tengoh aku sedak dok make nasi goreng amarika,stat doh bunyi gege sep-sep ni.Baru jah stat match,bunyi gege so kafe.Saje je tulis loghat kelantan sebab aku ni pon orang kelantan jugak dan peminat The Red Warrior jugak.Minat tengok perlawanan diorang je,takdelah nak bising-bising masa tengok bola.


Aku tak kisah sangat kalau diorang jerit kuat-kuat tapi takkan la nak terjerit-jerit sepanjang masa.Kalau 90 minit perlawanan,nak terpekik terlolong selama 90 minit.Bola belum pun masuk lagi ke dalam gawang gol,baru je striker nak rembat bola,satu kafe bergema,Gollllllllllllllllllllllll!!!!!!!Tu pun belum tentu lagi striker tu sepak on target ke gawang gol.Sepak bola tak kena ke melambung tinggi ke tak tau lagi.Pastu bila tak gol bunyi pulak suara kekecewaan,Ahhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!Situasi ini akan berulang-ulang sepanjang perlawanan.


Annoying giler.Lagi annoying daripada minah gedik yang aku jumpa kat kafe hari tu.Ada tiga orang.Muka lawa tapi perangai gedik.Lepas diorang dah ambik nasi dengan lauk pastu diorang pun pergilah pesan air.Masa nak tunggu air tu diorang pun menggedik lah sesama diorang.Berborak apa entah sesama mereka.Hal perempuan mungkin.Ada sorang minah ni pulak pegang nasik pakai tapak tangan je.Lepas tu,tangan dia tertolak pinggan tu kena dekat sorang pompuan kat tepi tu.
Pastu mulalah gelabah.
"mintak maaf.mintak maaf.caye tak cengaje"


Kesian kat perempuan tu.Habis kotor baju kurung dia.Aku dengan member aku tak jadi nak beli air kat situ.Kitorang pergi kafe sebelah sambil gelak tak ingat.Walaupun minah gedik ni annoying,tapi bising-bising masa tengok bola tu lagi annoying sebenarnya.


Kita biasa dengar orang sebut-sebut pasal mentaliti kelas ketiga.Sebab tu aku nak samakan dengan peminat bola sepak jenis ni dengan peminat bola sepak kelas ketiga.Tu baru dekat kafe,kalau pergi tengok kat stadium tak taulah camne.Baling mercun,baling botol atau bakar stadium mungkin.


Tak boleh ke tengok bola dengan tenang.Barulah dapat hayati permainan masing-masing.Bila dah gol,korang nak jerit-jerit tak ingat pun takpe.Lepas tu senyap la balik.Bila dah gol kali kedua.Jerit la gollllllll!!!!!!!!!!!!!!!.Pastu sambung balik tengok bola dengan tenang.Kan manis macam tu.Tak gitu?


*Jersi kelantan yang baru mula-mula nampak macam pelik sebab ada line putih tu.Lepas lama-lama tengok nampak lawa jugak.Nanti nak belilah.Dah pagi buta dah ni.Chow dulu.

Thursday, 9 February 2012

Nothing

       Lebih kurang 7 minggu lagi tempoh belajar kat matrix(matrikulasi)termasuk minggu study week.
Banyak benda kene buat dalam masa 7 minggu ni.
Fizik,kimia,bio,math dah kene mula study dengan tekun.
Kalau boleh tak nak ponteng lecture bio dah.haha


Tapi kalau aku tak ponteng lecture bio pun sama jugak cam tak pergi sebab apa yang lecturer ajar tu tak masuk pun dalam kepala.Lepas setengah jam dengar lecture bio terus tido.Entah.Tak tau la kenapa.Nak buat macam mana aku memang tak minat bio.Nasib baik final exam sem 1 bio dapat A.phewwww..Tarik nafas lega atau mungkin hembus nafas lega.Aku pun tak tau.


Kene ambil iktibar dari sem lepas.Banyak benda aku kena ubah sebenarnya untuk dapat 4 flat sem 2 ni.Sem 1 aku dapat 3.93.Beza 0.07 je.haha.Tu pun studi last minute.Tipu la kan kalau aku cakap studi last miunte.Sebenarnya aku rajin jugak studi awal tapi ada bnyak jugak benda yang kurang paham.Bila dah nak dekat exam,baru lah studi semula benda-benda yang kurang paham tu.Malam exam jugaklah baru betul-betul faham apa yang aku tak faham.


Klakar kan.Aku pernah tak tido studi kimia sebab banyak silibus kene studi.Kire macam esok exam kimia.Malam ni studi sampai pagi esok tak tido.Pekene nescafe 4-5 gelas,baru tak ngantok.Lepas solat subuh,sambung balik studi sekejap.Pastu mandi siap2 pergi dewan priksa.Lepas habis priksa,baru balik bilik tidor.Nasib baik boleh jawab soalan tu.Kalau tak,menyesal tak tido.


Nasib baik ada member sebilik yang jenis sama tabiat.Tabiat suka studi malam exam.Studi 5,6 orang dalam bilik.Mana yang tak faham boleh je tanye dengan member-member bincang ramai-ramai.Malam exam ni jugaklah ada yang jenis suka mintak kita tolong ajar dia.Kalau mintak ajar sub topik tu takpe la.Ni mintak ajar beberapa bab.Malam lain sebelum exam tak nak pulak suruh ajar.Semput nak mengajar.haha.Tapi takpe sebab ilmu perlu dikongsi.Kan2.Tak gitu.


Tapi untuk sem ni kalau boleh dah tak nak buat camni dah.Risau tak boleh ingat banyak benda yang patut diingat dan difahami.Macam berbelit je ayat aku.adoi.Aku berazam nak studi dengan lebih sistematik,study smart n study hard.Tapi aku lebih suka studi ikut mood.Study Mood.haha.Memang itu cara aku dari dulu lagi.


Sekarang dah pukul 2 pagi.Esok kuliah stat kul 8.So,kena chow dulu.Tido awal.Kira awal la tu 2 pagi.Bak kata orang,pagi masih muda.Jom tido,bangun awal pergi solat subuh kat surau.Kan manis macam tu.Tak gitu?

Monday, 6 February 2012

Kenapa Lelaki Dah Ade Awek Tapi Nak Tambah Lagi?

Aku:Kau kapel dengan awek kau tu dari form brape?

Kawan aku:Form 5.

Aku:oooo.Pastu apsal ko usha pompuan lain hari tu.Pastu kantoi dgn awek kau.haha.padan muka.

Kawan aku:Camne kau tahu?

Aku:Kat facebook la.Dia tulis "Terasa diri ini ditipu".Aku assume je yang ko ade awek lain.Tngok2 betul.Kesian awek kau.haha

Kawan aku:Kau tahu tak.Bila kau lapar pastu kau nak makan nasi kan?Bila kau dah ada nasi mesti kau nak    tambah lauk pulak kan.Ayam,ikan,daging,telur.Mcam tu jugak la dengan bab2 awek ni.Awek kau yang pertama tu kire macam nasi la,benda utama.Benda paling penting.Pastu mesti kau nak benda2 sampingan.Kan2.Tu lah pasal aku usha pompuan lain.Untuk hidangan sampingan je.

Aku:Ooooo.Bangang..

Friday, 3 February 2012

Haha..Dah lama aku tak menaip kat sini.serius lama sangat2.Mungkin sebab aku terlalu sibuk dengan study.Asyik2 ada kuiz,asyik2 ada test.Tapi aku ok je.Kalau tak ada kuiz n test banyak2,macam mana nak ready untuk mid sem atau pon final exam.Kene la kerja keras sikit kalau nak poiter tinggi.Nanti bolehlah sambung blaja dalam course yang kita minat.Sem 1 dapat 3.93 dan aku harap dapat 4 flat untuk sem 2.

Aku baru je habis prikse mid sem untuk sem 2.So ade la masa untuk diluangkan dekat blog aku ni.

Dah pagi buta ni..chow..