Hari ni hari jumaat.Seperti biasa,disebabkan tiada keuzuran dan tiada bulan yang datang,aku pun pergilah ke masjid berdekatan untuk solat jumaat.Kebarangkalian untuk bulan datang pada aku ialah 0% sebab aku ni lelaki. haha.tak klakar kan?
Bercakap pasal datang bulan,tiba-tiba aku teringat masa aku form 3 dulu.Dalam kelas aku masa tu ade sorang je budak perempuan Melayu yang free hair.Budak lain semua pakai tudung.Tudung bawal ada,tudung pashima ada,tudung cam Siti ada,tudung macam bukan tudung pun ada.Aku tipu.Semua pakai tudung sekolah je.Takdenye pakai tudung yang unik-unik.
Dalam kalangan budak form 3,aku rasa dia ni sorang je yang free hair kot.Aku ok je pasal perempuan free hair ke tudung labuh ke.Maksud aku,aku ni bukannya orang yang suka judge orang pasal luaran dia,aku juga bukannya orang yang akan cakap Max 24/7 tak best sebelum dengar dulu single diorang.Lepas aku dengar single diorang,Cinta 24/7,barulah aku cakap diorang tak best.At least aku dengar dulu lagu diorang baru aku cakap tak best.Aku cuba bagi peluang kat diri aku untuk menghayati karya diorang.Tapi.....ke laut la.
Laa..Aku tak nak cerita pasal diorang la.Aku bukannya minat sangat pun K-pop dan jugak K-pop malaysia atau M-pop..haha(gelak dengan penuh sopan)
Berbalik pasal budak kelas aku tu,bile time pendidikan islam,ustazah akan suruh beberapa orang baca ayat Al-Quran yang ada dalam buku teks agama.Dan budak free hair ni selalu je target ustazah aku tu.Dan setiap kali bila dia disuruh baca oleh ustazah yang menyuruhnya membaca dia akan cakap dia tak boleh sembahyang.
Bukan sekali je tau.Tiap-tiap kali ustazah suruh,dia akan cakap dia tak boleh sembahyang atau dengan bahasa yang sopannya dia sedang dalam menstrual phase.Menstrual phase hanyalah 5 hari bagi perempuan normal.Kalau tak 5 ari pun mungkin 5 hari dan plus minus beberapa hari.Tapi kalau dah tiap-tiap minggu dalam bulan tu dia asyik beri alasan yg sama,macam mana ustazah nak percaya.Ustazah pun jadi penasaran.Mungkin sebab dia tak pernah datang bulan dalam tempoh yang panjang macam tu kot.
Mungkin dia tak berapa reti untuk membaca Al-Quran.Ini hanya kemungkinan saja.Aku pun tak tak kebenarannya.Tapi ustazah selalu je pressure dia.Kadang-kadang kesian jugak tengok dia.Kesian..kesian..kesian..(upin ipin cakap)
Sebenarnya aku nak tulis pasal apa yang aku nampak kat masjid tadi semasa solat jumaat pada hari jumaat. Tadi aku nampak seorang budak lelaki sembahyang kat depan aku.Kaki mcam bengkak semacam je dan dia berdiri guna tapak kaki belakang.Dia tak boleh nak letak kaki dengan rata.Bila dia letak tapak kaki dia dengan rata je terus badan dia macam menggeletar.Serius aku macam tersentuh gila rasa.Walaupun dia ssakit kaki yang teruk jugak tu.Jalan pun terhincut-hincut but till dia datang smbahyang jumaat.Tak tau la penyakit ape.Tengok tu,dia sakit pun dia pergi solat jumaat sebab dia tau tanggungjawab dia.Takde pulak dia beri alasan uzur ke ape ke.Betul-betul menyayat hati tengok dia jalan lepas dah habis solat jumaat pada hari jumaat.
Hari aku takleh lupe sebab tiba-tiba ade pompuan ni sindir aku macam tak puas hati je.Aku guarau je dengan member aku tu.Tak pasal-pasal ade pompuan balas komen aku cam sindir-sindir aku.Tiba-tiba aku rasa bersalah dan aku terus delete komen aku.Rasa bersalah sebab dipersalahkan oleh orang yang tak tau betul ke salah.Mungkin dia tak tau kot lelaki bergurau macam mane sesama lelaki.Kitorang gurau-gurau je.Aku tau la mamat tu handsome.Takkan nak bekup dia kot.
Perempuan memang komplikated....................
No comments:
Post a Comment